Wednesday 23 March 2011

Co-operative by-law ( partial )

Below is the few important points from the Co-operative by Law , ( Undang – undang Kecil Koperasi )

Petikan Undang – Undang Kecil KOPMUDA

Tajuk dan mula berkuatkuasa
1.      (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-Undang Kecil Koperasi Tenaga Muda Seberang Perai Bernad.

Nama
4.   Menurut subseksyen 7(4) dan (5) Akta, Koperasi ini hendaklah dinamakan Koperasi Tenaga Muda Seberang Perai Berhad.

Alamat
5.   (1) Alamat yang didaftarkan bagi Koperasi ini ialah No 41, Lorong Machang Bubok 28, Taman Machang Bubok, 14020 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Kawasan operasi
6.   Kawasan operasi Koperasi ialah Seberang Perai dan Tanjung Bungah

Fungsi
            8.   Fungsi utama Koperasi ini ialah perkhidmatan.
                 
Aktiviti
            9.   (1) Bagi mencapai matlamat dan fungsi menurut undang-undang kecil 7 amnya dan 8 khasnya,
                  Koperasi boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan, menjalankan aktiviti-aktiviti
                  berikut:-

(a)   Aktiviti perkhidmatan termasuk pengajuran program dan kursus
(b)   Aktiviti pertanian termasuk penanaman tanaman organic serta ternakan lembu dan kambing.


Kelayakan menjadi anggota
            11.   (1) Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada semua bekas pelajar Kolej Kejuruteraan Midas Butterworth dan keluarga di Seberang Perai dan kawasan Tanjung Bungah Pulau Pinang

Fi Masuk
13.   (1) Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan Fi masuk sebanyak RM 20  (Ringgit: Dua Puluh ). Fi masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada permohon jika permohonanya ditolak oleh Lembaga.

                    (2) Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM 40 (Ringgit: Empat Puluh )

Perolehan hak, kewajipan dan liabiliti anggota
16.   Menurut seksyen 28 Akta, tiap-tiap anggota yang telah menjelaskan bayaran RM 200(Ringgit: Dua Ratus ) syer boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota, sebagaimana yang terkandung di dalam Undang-undang Kecil ini.

Menarik diri
            22.   (1) Seseorang anggota boleh menarik diri daripada Koperasi ini dengan memberi notis bertulis 6 bulan terlebih dahulu kepada Lembaga. Atas sebab yang munasabah, Lembaga boleh membenarkan penarikan diri dalam tempoh yang singkat.

Lembaga Koperasi
            34.    Lembaga Koperasi hendaklah mengandungi 10 orang yang terdiri anggota yang terpilih oleh mesyuarat agung, menurut seksyen 42 Akta dan perenggan (d) fasal (1) undang-undang kecil 32.

Mesyuarat Lembaga
            39.   (1) Mesyuarat Lembaga pertama hendaklah :-
                                    (a)  diadakan sebaik sahaja selesai mesyuarat agung tahunan;
                                    dan
(b)   Melantik di kalangan anggota Lembaga seorang pengerusi, setiausaha dan bendahari.

         (2)  Mesyuarat Lembaga yang berikutnya hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh  2 bulan.

            (3) Mesyuarat Lembaga hendaklah juga diadakan sekiranya :-
                        (a) Suruhanjaya mengeluarkan arahan; atau
                        (b) 6 orang anggota Lembaga membuat permintaan bertulis menyatakan perkara- perkara yang hendak dibincangkan.

Jawatankuasa Audit Dalaman
49.   Menurut subseksyen 42A(1) Akta, Jawatakuasa Audit Dalaman Koperasi hendaklah mengadungi 3 orang, terdiri daripada anggota yang dilantik oleh Lembaga, menurut  perenggan (g) undang-undang kecil 41.

Modal Syer
            53.   (1) Menurut perenggan 50(b) Akta, setiap anggota hendaklah melanggan RM 200 (Ringgit: Dua Ratus ) syer sebagai sumbangan minimum yang hendaklah dijelaskan dalam tempoh yang dinyatakan di fasal (2). Syer minimum ini tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan anggota itu tamat.

                    (2) Tempoh menjelaskan syer minimum menurut fasal (1) adalah sebagaimana berikut:-
                                   
(a)   seseorang yang turut sama dalam permohonan pendaftaran Koperasi ini atau yang telah menandatangan minit mesyuarat agung permulaan Koperasi hendaklah menjelaskan syernya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh perakuan perdaftaran diterima oleh Koperasi; dan

(b)   seseorang yang diterima menjadi anggota mengikut undang-undang kecil 15 hendaklah menjelaskan syernya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penerimaanya sebagai anggota.

Tahun Kewangan
            66.   Tahun kewangan Koperasi ini bermula pada satu haribulan Ogos dan berakhir pada 31 haribulan Julai setiap tahun.

No comments:

Post a Comment