Thursday 28 February 2013

Muruku Making in Action!

Date: 16 Feb 2013 (Saturday)
Venue: Magasa's Hse - Chai Leng Park
 
ALK members gathered @ Magasa's house on exciting Sarturday morning to make Muruku. This is just a trial run to see how good we can make muruku together. G7 Boleh!


 
 

 
 
 
 



Minit Mesyuarat Lembaga Koperasi 7/2013

Minit Mesyuarat Lembaga Koperasi 7/2013

Tarikh            : 2 Feb, 2013 (Sabtu)
Masa             : 3.30 petang
Tempat         : Pacific Mega Mall

 
KEHADIRAN
1.     En. Saravanan                                 Pengerusi
2.     Pn. Vanesharee
3.     Pn. Anita                                          Setiausaha
4.     Pn. Magasa                                     
5.     Pn. Thana                                         Bendahari   
6.     En. Sivananthan                                                    
7.     Pn. Puvaneswari                                                    Net Meeting.
8.     En. Devchandran                                                   Tidak Hadir
9.     Pn. Gowri                                                                 Tidak Hadir
10.  En. Ramesh                                                            Tidak Hadir

 
AGENDA MESYUARAT
1.      ”E-Commerce – Online Shopping” portal – tempoh telah tamat
2.      Penutupan Akaun KOPMUDA Tahun 2012
3.      Cadangan AGM (Mesyuarat Agung Tahunan)
4.      Perancangan Projek Jangkamasa Pendek - Projek “Papadam II”
5.      Perancangan Projek Jangkamasa Pendek - Projek “Muruku”
6.      Pelaburan REIT
7.      Lain-Lain
  • Akaun Facebook
  • Gerai di Pesta St Anne
  • Elaun untuk ahli ALK

AGENDA
PERKARA
 
1.       ”E-Commerce – Online Shopping” portal – tempoh telah tamat
 
 
 
 
 
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Saravanan mengalu-alukan kedatangan semua ahli lembaga koperasi.
 
1.1.  Lembaga Koperasi  telah memutuskan untuk tidak memperbaharui laman web”AllCanShop.Com” sehingga notis selanjutnya. Keputusan dibuat setelah sambutan website tidak begitu memuaskan dan barang jualan tidak dapat dibekal dengan sempurna oleh agensi –agensi yang diberi tanggungjawab.
 
2. Penutupan Akaun KOPMUDA Tahun 2012
 
2.1. Penyata kewangan bagi bulan Julai 2012 telah ditutup dan dihantar untuk tujuan audit ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
2.2. Rugi terkumpul koperasi bagi tahun 2012 (RM 735.18).
2.3. Fee audit SKM dianggarkan dalam lingkukangn RM200. Rugi terkumpul Koperasi termasuk fee audit SKM.
 
3. AGM KOPMUDA (Mesyuarat Agung Tahunan)
3.1. Cadangan tempat AGM untuk tahun 2012.
  • Safira Club
  • Pejabat Socso
  • Evergreen Hotel
 
3.3. Tarikh tentative AGM
  • 23 Mac 2013 (Sabtu)
  • 30 Mac 2013 (Sabtu)
 
3.2. ALK Encik Siva dilantik untuk mendapatkan sebutharga untuk tempat yang disyorkan seperti diatas.
 
4. Projek“Papadam” II
 
4.1. Ahli Lembaga telah mencadangkan untuk melabur semula sebanyak RM 500 untuk bisnes ”papadam II ”  yang akan diimport dari India. Perniagaan papadam dilanjutkan ke tahun ini susulan sambutan yang bagus sebelum ini, yang mana untung penjualan hampir 100%. ”Papadam” yang diimport akan di bungkus semula dan di-jual kepada anggota koperasi atau luar. Jikakalau sambutan baik, koperasi akan pertimbang untuk dipasarkan di kedai  ”Cash and Carry” di Pulau Pinang serta Sebarang Perai.
 
5. Perancangan Projek Jangkamasa Pendek - Projek “Muruku
5.1. Ahli Lembaga telah mencadangkan untuk melaburkan sebanyak RM 100 untuk memulakan bisnes ”Home Made - Muruku”.
 
5.2. Semua ALK telah bercadang untuk membuat Muruku untuk percubaan ( Pasa 1 )  pada hari 16 Feb 2013 (Sabtu) di rumah Puan Magasawary (Chai Leng Park). Home made muruku ini akan diteruskan jikalau sambutan yang baik dikalanagan anggota koperasi atau luar.
 
6. Pelaburan REIT 2013
 
6.1. Ahli Lembaga telah bersetuju untuk melabur didalam REIT (Real Estate Investment Trust). KOPMUDA telah bercadang untuk membeli  sebanyak 4 lot unit  REIT, di Bursa Malaysia.  Syarikat REIT Sunway Corporation ( Sunway REIT ) dicadangkan , kerana rekod pulang dividen yang berpatutan and kosistan dilakukan oleh syarikat itu.
 
6.2. Pengerusi KOPMUDA (Encik Saravanan) ditugaskan untuk mengetahui butiran lanjut dan cara serta penyediaan kertas kerja untuk pemohonan pelaburan REIT dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
 
 
7. Lain-Lain
 
 
7.1. Akaun Facebook
·         Puan Magasawary ditugaskan untuk mewujudkan akaun facebook untuk Kopmuda.  Tujuan akaun ini adalah untuk menyampaikan berita berita terkini tentang aktiviti Koperasi kepada ahli sahaja.
·         Gmail Akaun: kopmuda.spb@gmail.com
 
7.2. Gerai di Pesta St Anne
·         Ahli Lembaga telah mencadangkan untuk membuka sebuah gerai di pesta St Anne pada bulan July 2013.
·         Encik Saravanan ditugaskan untuk mendapatkan butir-butir mengenai sewa gerai di pesta St Anne dan cara untuk mendapatkan gerai itu.
·         Details akan dibincangkan dalam mesyuarat yang akan datang
 
7.3. Elaun Elaun untuk ahli ALK
·         Ahli lembaga telah bercadang and memutuskan untuk memberi elaun toll Jambatan Pulau Pinang sebanyak RM 7 kepada ahli lembaga yang hadir untuk mesyuarat lembaga dari Pulau Pinang (Island).
·         Lembaga Koperasi telah memutuskan untuk mengadakan semua mesyuarat lembaga di Seberang Perai sahaja.  
 

 
Mesyuarat Tamat pada pukul 6 petang.

 
Disediakan oleh,                                                                                               Disemak oleh,

 _________________________________                                             ­_______________________________

( Anita Jayanti A/P Krishnan )                                                                      ( Saravanan A/L Rayapan )

Setiausaha Koperasi Tenaga Muda S.P Bhd.                                         Pengerusi Koperasi Tenaga Muda S.P. Bhd.