Friday 6 May 2011

Minit Mesyuarat Lembaga Koperasi 2/2011

Tarikh            : 24 April, 2011 (Ahad)
Masa             : 3.00 petang
Tempat         : Dewan Konferens Nasi Kandar Pelita, Pulau Pinang

KEHADIRAN

  1. En. Saravanan                         Pengerusi
  2. Pn. Vanesharee
  3. Pn. Anita                                  Setiausaha
  4. Pn. Magasa
  5. Pn. Thana                                Bendahari
  6. En. Sivananthan
  7. Pn. Puvaneswari

TIDAK HADIR DENGAN SEBAB & MAAF

  1. En. Devchandran
  2. Pn. Gowri
  3. En. Ramesh

AGENDA MESYUARAT

1.       Pembukaan Akaun di Bank Public
2.       Pencetakan Resit Rasmi (double NCR) dan Stamp Koperasi
3.       Pencetakan Undang-Undang Kecil untuk ALK dan ahli koperasi
4.       Borang Keahlian dan bayaran syer
5.       Perancangan Projek 
6.       Lain-Lain hal

AGENDA
PERKARA

1.       Pembukaan Akaun semasa di  Public Bank

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Saravanan mengalu-alukan kedatangan ahli lembaga koperasi dan seterusnya berbincang perkara yang berbangkit :-

1.1. Pembukaan akaun semasa di Bank Public (Public Bank) Bayan Baru, Pulau Pinang telah dipersetujui oleh semua ahli lembaga dan satu resolusi membuka akaun di-gubal dan di-beri kuasa kepada Pengerusi , Bendahari & Setiausaha untuk mengendalikan akaun semasa itu.

1.2. Koperasi  juga akan memohon internet banking dari Public Bank untuk mengendalikan akaun itu secara ‘real-time’.


2.       Pencetakan Resit Rasmi (double NCR) dan Stamp Koperasi


2.1   Pencetakan Resit Koperasi akan dicetak di KSK Printing, Pulau Pinang dan telah dipersetujui oleh semua ahli lembaga yang hadir. Sebanyak 20 buku resit (50 resit / buku ) akan di-cetak.

3.       Pencetakan Undang-Undang Kecil untuk ahli lembaga dan ahli koperasi

3.1   Undang-undang kecil tidak akan dicetakan tetapi akan disimpan sebagai ‘Softcopy’ dalam blog KOPMUDA dan boleh dimuat turunkan oleh ahli Koperasi.  
4.       Borang Keahlian dan bayaran syer
4.1   Borang keahlian akan dimuat-turunkan dari blog KOPMUDA. Semua ahli dinasihatkan mengisikan borang keahlian dan emailkan kepada kopmuda.spb@gmail.com .

4.2   Borang keahlian dikehendaki dihantar sebelum Jun 30, 2011.
4.3   Bakal ahli dinasihatkan agar tidak membayar tunai kepada sesiapa tetapi mendepositkan terus ke dalam akaun semasa koperasi. Nombor akaun boleh dirujuk dalam borang keahlian.

4.4   Bukti deposit harus di-hantar kepada Bendahari untuk mengeluarkan resit rasmi.
4.5   Semua ahli dinasihatkan agar mendaftarkan alamat email di kop_tenaga_muda_g7@yahoogroups.com . Tujuan pendaftaran ini adalah untuk ahli mendapat maklumat-maklumat terkini aktiviti koperasi.


5.       Pembentangan projek   
5.1   Projek Ranggoli & mewarna yand di-cadangkan di mesyuarat lembaga ( 1/2011 ), tidak akan di-laksanakan atas sebab, kajian kebolehlaksanaan menunjukan projek itu tidak berdaya maju dan akan merugikan koperasi jikalau di-jalankan. Dengan sebab itu projek itu di-tolak oleh ahli lembaga.

5.2   Koperasi bercadang untuk menjalankan satu seminar pelaburan  ” Mutual Fund / Unit Trust ” untuk kesedaran masyarakat tentang kebaikan / keburukan  / risiko / kadar keuntungan pelaburan unit amanah. Seminar ini terbuka kepada semua golongan masyarakat.

5.3   Bayaran seminar di-tetapkan sebanyak Rm10 seorang, termasuk jamuan ringan dan bahan rujukan. Jumlah ini akan ditetapkan selepas kajian kebolehlaksanaan selesai.

5.4   Seminar ini akan dijalankan dibeberapa tempat berdasarkan sambutan yang di-terima.

6.     Lain-Lain Hal
6.1   Lembaga bercadang untuk mencetak  stiker kereta cukai jalan koperasi  dan menjual kepada semua ahli koperasi.

6.2   Lembaga juga bercadang untuk membuat  baju kemeja-T koperasi dan menjual kepada semua ahli koperasi.

6.3   En. Sivananthan  di-pertanggungjawabkan untuk mengkaji kos keseluruhan pencetakan stiker kereta  dan Cik Anita untuk kemeja-T dan menasihatkan koperasi untuk harga jualan.


Mesyuarat Tamat pada pukul 5.00 petang.

Wednesday 4 May 2011

KOPMUDA application form

To all future members,
Please download the enrollment form.

Sent the complete form with proof of payment to kopmuda.spb@gmail.com

Link : KOPMUDA form

Co-operative Public Bank Account

Co-operative have successfully open a current account with Public Bank Berhad.
Our account number as follows:-
3167971107
Please deposit your share  & joining fees ( Rm220 ) directly to this account. A proof of deposit shall be given to the cooperative Treasurer for issuing an official receipt. As per communication before, do not pay any money to anyone as cooperative is not liable for any loss of money.
For those who wish to deposit a cheque, please  write the full cooperative name on the cheque.  “Koperasi Tenaga Muda Seberang Perai Berhad”