Thursday 25 August 2011

Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi 3/2011

Minit Mesyuarat Lembaga Koperasi 3/2011

Tarikh            : 20 June, 2011 (Isnin)
Masa             : 7.00 petang
Tempat         : McDonald, Pacific Megamall Prai

KEHADIRAN
1.     En. Saravanan                                 Pengerusi
2.     Pn. Vanesharee
3.     Pn. Anita                                          Setiausaha
4.     Pn. Magasa
5.     Pn. Thana                                         Bendahari
6.     En. Sivananthan
7.     Pn. Puvaneswari
8.     En. Devchandran
9.     Pn. Gowri
10. En. Ramesh

AGENDA MESYUARAT

1.      Hari Keluarga KOPMUDA dan Pertandingan “Bowling”
a.      Lokasi
b.      Bayaran untuk pertandingan
c.       Hadiah
d.      Penaja

2.      Perancangan Projeck Jangkamasa panjang
3.      Pencetakan Sijil Syer
4.      Bentang dan Kemaskini Akaun Koperasi

AGENDA
PERKARA

1.       KOPMUDA Hari Keluarga dan Pertandingan “Bowling”

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Saravanan mengalu-alukan kedatangan semua ahli lembaga koperasi.

1.1. Ahli lembaga bercadang agar mengadakan satu Hari Keluarga KOPMUDA dan satu pertandingan ’bowling’ dijalankan secara serentak pada hari yang sama.
1.2. Semua ahli lembaga telah mempersetujui cadangan-cadangan seperti berikut:
  1. Ahli Lembaga telah bersetuju untuk mengadakan Hari Keluarga dan pertandingan ’Bowling” di Summit Ampang Bowling Center Bukit Mertajam pada 30hb Julai 2011 pukul 3 petang.
  2. Keputusan di-persetujui oleh semua selepas mangambil kira kos keseluruhan.
  3. Bayaran kemasukan and pendaftaran pertandingan telah ditetapkan dengan harga RM60 (Ringgit Malaysia Enam Puluh) bagi setiap kumpulan yang terdiri oleh 5 orang ahli koperasi atau keluarganya.
  4. Dua (2) hadiah iaitu ”Hamper” telah ditetapkan untuk pemenang bowling pertama dan  kedua. Hadiah untuk pemenang pertama (hamper) bernilai sebanyak RM150 dan hadiah untuk pemenang kedua (hamper) bernilai sebanyak RM100.
  5. Ahli lembaga koperasi juga telah bersetuju untuk mendapatkan penaja untuk acara ini. Persetuajuan di-buat sebulat suara untuk tajaan hadiah pertama , kedua , fees bowling ( lane dan kasut ) , piala pusingan dan minuman.
  6. Satu surat permintaan tajaan akan di-hantar kepada semua yang berminat untuk memberi sumbangan mereka.

2.       Perancangan Projek Jangkamasa panjang


2.1. Ahli lembaga bercadang untuk melihat potensi penternakan lembu susu dan kambing. 

2.2. Melihat kepada statistik permintaan susu lembu yang tinggi di-Malaysia, ( website Jabatan Haiwan ) , pelaburan dalam penternakan lembu susu amatlah mengalakkan.

2.3. Justeru,  ahli lembaga bersetuju untuk mengkaji lebih dalam tentang penternakan lembu susu , dan jumlah kos keseluruhan untuk memulakan perniagaan ternakan ini.
2.4. Tempat ternakan bergantung kepada kos keseluruhan. 2 cadangan dikemukakan oleh ahli lembaga

·                     Ternakan di-lakukan oleh Koperasi sendiri
·                     Diberikan kepada orang ke-tiga (vendor) untuk di-ternak.
2.5. Keputusan akan di-ambil selepas mengambil kira pro & con untuk cadangan di-atas dan kos keseluruhan ternakan .
3.       Pencetakan Sijil Syer

3.1.  Lakaran Sijil Syer telah dipersetujui oleh semua ahli lembaga.
3.2.  En. Siva telah ditugaskan untuk mendapatkan sebut harga untuk pencetakan sijil syer.
4.       Kemaskini Akaun Koperasi
4.1. Bendahari  membentang akaun Koperasi kepada semua ahli lembaga yang hadir.

Mesyuarat Tamat pada pukul 9.00 malam.

Disediakan oleh Anita Jayanti A/P Krishnan (Setiausaha Koperasi Tenaga Muda S. P Bhd)  dan disemak oleh Saravanan A/L Rayapan (Pengerusi Koperasi Tenaga Muda S.P. Bhd.)