Tarikh : 24 April, 2011 (Ahad)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Konferens Nasi Kandar Pelita, Pulau Pinang
KEHADIRAN
- En. Saravanan Pengerusi
- Pn. Vanesharee
- Pn. Anita Setiausaha
- Pn. Magasa
- Pn. Thana Bendahari
- En. Sivananthan
- Pn. Puvaneswari
TIDAK HADIR DENGAN SEBAB & MAAF
- En. Devchandran
- Pn. Gowri
- En. Ramesh
AGENDA MESYUARAT
1. Pembukaan Akaun di Bank Public
2. Pencetakan Resit Rasmi (double NCR) dan Stamp Koperasi
3. Pencetakan Undang-Undang Kecil untuk ALK dan ahli koperasi
4. Borang Keahlian dan bayaran syer
5. Perancangan Projek
6. Lain-Lain hal
AGENDA | PERKARA |
1. Pembukaan Akaun semasa di Public Bank | Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Saravanan mengalu-alukan kedatangan ahli lembaga koperasi dan seterusnya berbincang perkara yang berbangkit :- 1.1. Pembukaan akaun semasa di Bank Public (Public Bank) Bayan Baru, Pulau Pinang telah dipersetujui oleh semua ahli lembaga dan satu resolusi membuka akaun di-gubal dan di-beri kuasa kepada Pengerusi , Bendahari & Setiausaha untuk mengendalikan akaun semasa itu. 1.2. Koperasi juga akan memohon internet banking dari Public Bank untuk mengendalikan akaun itu secara ‘real-time’. |
2. Pencetakan Resit Rasmi (double NCR) dan Stamp Koperasi | 2.1 Pencetakan Resit Koperasi akan dicetak di KSK Printing, Pulau Pinang dan telah dipersetujui oleh semua ahli lembaga yang hadir. Sebanyak 20 buku resit (50 resit / buku ) akan di-cetak. |
3. Pencetakan Undang-Undang Kecil untuk ahli lembaga dan ahli koperasi | 3.1 Undang-undang kecil tidak akan dicetakan tetapi akan disimpan sebagai ‘Softcopy’ dalam blog KOPMUDA dan boleh dimuat turunkan oleh ahli Koperasi. |
4. Borang Keahlian dan bayaran syer | 4.1 Borang keahlian akan dimuat-turunkan dari blog KOPMUDA. Semua ahli dinasihatkan mengisikan borang keahlian dan emailkan kepada kopmuda.spb@gmail.com . 4.2 Borang keahlian dikehendaki dihantar sebelum Jun 30, 2011. 4.3 Bakal ahli dinasihatkan agar tidak membayar tunai kepada sesiapa tetapi mendepositkan terus ke dalam akaun semasa koperasi. Nombor akaun boleh dirujuk dalam borang keahlian. 4.4 Bukti deposit harus di-hantar kepada Bendahari untuk mengeluarkan resit rasmi. 4.5 Semua ahli dinasihatkan agar mendaftarkan alamat email di kop_tenaga_muda_g7@yahoogroups.com . Tujuan pendaftaran ini adalah untuk ahli mendapat maklumat-maklumat terkini aktiviti koperasi. |
5. Pembentangan projek | 5.1 Projek Ranggoli & mewarna yand di-cadangkan di mesyuarat lembaga ( 1/2011 ), tidak akan di-laksanakan atas sebab, kajian kebolehlaksanaan menunjukan projek itu tidak berdaya maju dan akan merugikan koperasi jikalau di-jalankan. Dengan sebab itu projek itu di-tolak oleh ahli lembaga. 5.2 Koperasi bercadang untuk menjalankan satu seminar pelaburan ” Mutual Fund / Unit Trust ” untuk kesedaran masyarakat tentang kebaikan / keburukan / risiko / kadar keuntungan pelaburan unit amanah. Seminar ini terbuka kepada semua golongan masyarakat. 5.3 Bayaran seminar di-tetapkan sebanyak Rm10 seorang, termasuk jamuan ringan dan bahan rujukan. Jumlah ini akan ditetapkan selepas kajian kebolehlaksanaan selesai. 5.4 Seminar ini akan dijalankan dibeberapa tempat berdasarkan sambutan yang di-terima. |
6. Lain-Lain Hal | 6.1 Lembaga bercadang untuk mencetak stiker kereta cukai jalan koperasi dan menjual kepada semua ahli koperasi. 6.2 Lembaga juga bercadang untuk membuat baju kemeja-T koperasi dan menjual kepada semua ahli koperasi. 6.3 En. Sivananthan di-pertanggungjawabkan untuk mengkaji kos keseluruhan pencetakan stiker kereta dan Cik Anita untuk kemeja-T dan menasihatkan koperasi untuk harga jualan. |
Mesyuarat Tamat pada pukul 5.00 petang.
No comments:
Post a Comment