Tuesday, 15 May 2012

Minit Mesyuarat Lembaga Koperasi 6/2012



Tarikh            : 13 May, 2012 (Ahad)
Masa             : 3.30 petang
Tempat         : OldTown Coffee, Autocity Penang


KEHADIRAN
1.     En. Saravanan                                 Pengerusi
2.     Pn. Vanesharee
3.     Pn. Anita                                          Setiausaha
4.     Pn. Magasa                                     
5.     Pn. Thana                                         Bendahari    (internet meeting)
6.     En. Sivananthan                                                     (internet meeting)
7.     Pn. Puvaneswari
8.     En. Devchandran                                                   (internet meeting)
9.     Pn. Gowri                                                                 (internet meeting)
10.  En. Ramesh                                                            (internet meeting)


AGENDA MESYUARAT

1.      Perancangan Projek Jangkamasa Pendek – ”E-Commerce – Online Shopping” portal
2.      Perancangan Projek Jangkamasa Pendek - Projek “Papadam”
3.      Simpanan Rezab
4.      Perkhidmatan “Cuti-Cuti KOPMUDA”

AGENDA
PERKARA

1)      Perancangan Projek Jangkamasa Pendek

1.       E-Commerce – Online Shopping




















2.       Projek“Papadam”


Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Saravanan mengalu-alukan kedatangan semua ahli lembaga koperasi.

1.1.  Seperti yang dicadangkan dalam mesyuarat Lembaga Koperasi 5/2011, laman web ”AllCanShop.Com” telah siap dibina. Untuk jualan  permulaan, laman web ini terdiri 4 jenis produk kategori utama iaitu:
1.1.1.        Salwar Khameez ( Baju Punjabi )
1.1.2.        Tualang Black Honey ( Madu Tualang )
1.1.3.        Household Products ( Barangan Harian Rumah )
1.1.4.        Used Items ( Barang Guna )

1.2. Produk-produk ini boleh dibeli secara online sama ada menggunakan perkhidmatan paypal online atau Deposit Tunai.
1.3.  Dua (2) akaun e-mel akan diwujudkan untuk jualan dan pentadbiran (administration). Semua pertanyaan akan dikendalikan oleh admin.
1.4. Semua transaksi pembayaran akan dihantar melalui e-mel ke alamat e-mel kopmuda (kopmuda.spb@gmail.com )
1.5. Setiap ahli Jawatankuasa akan ditugaskan setiap bulan untuk mentadbir akaun jualan e-mel.
1.6. Semua ahli jawatankuasa diminta untuk menghantar sekurang-kurangnya 2 maklumat barangan yang telah digunakan (used item) untuk di jual dalam laman web.
1.7. Online laman web ini akan dimulakan pada 1hb Jun 2012.


2.1.  Ahli Lembaga telah mencadangkan untuk melaburkan sebanyak RM1000 untuk memulakan bisnes ”papadam”  yang akan diimport dari India. ”Papadam” yang diimport akan di bungkus semula dan di-jual kepada anggota koperasi atau luar. Jikakalau sambutan baik, koperasi akan pertimbang untuk dipasarkan di kedai  ”Cash and Carry” di Pulau Pinang serta Sebarang Perai.

2)      Simpanan Rezab

2.1. Ahli Lembaga telah bersetuju untuk menyimpan sebanyak RM3000 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu) dalam Simpanan Tetap di Public Bank sebagai wang rezab koperasi.
2.2. Sijil Simpanan akan di-bahagikan kepada 3 keping ( RM1000 sekeping ). Tarikh Matang di-tetapkan selama 6 bulam untuk mendapat dividen sebanyak 3.1% se-tahun.

3.      Perkhidmatan “Cuti-Cuti KOPMUDA”
3.1. KOPMUDA dalam perancangan untuk menganjurkan 2 hari 1 malam bercuti ke Cameron Highlands pada 9 dan 10 June 2012 (semasa cuti sekolah pada Sabtu / Ahad).  Objektif projek ini adalah untuk membuat keuntungan untuk KOPMUDA dan juga acara ini akan menjadi masa yang berkumpul untuk membina semangat berpasukan. Perancanagan ini telah dipersetujui oleh semua ahli lembaga.


Mesyuarat Tamat pada pukul 6 petang.

Disediakan oleh,                                                                                               Disemak oleh,


_____________________________________                                             ­___________________________________
( Anita Jayanti A/P Krishnan )                                                                      ( Saravanan A/L Rayapan )
Setiausaha Koperasi Tenaga Muda S.P Bhd.                                         Pengerusi Koperasi Tenaga Muda S.P. Bhd.

Minit Mesyuarat Lembaga Koperasi 5/2011

Tarikh            : 13 November, 2011 (Ahad)
Masa             : 5.30 petang
Tempat         : Megamall Pacific, Penang


KEHADIRAN
1.     En. Saravanan                                 Pengerusi
2.     Pn. Vanesharee
3.     Pn. Anita                                          Setiausaha
4.     Pn. Magasa                                     (internet meeting)
5.     Pn. Thana                                         Bendahari
6.     En. Sivananthan
7.     Pn. Puvaneswari
8.     En. Devchandran                           (internet meeting)
9.     Pn. Gowri                                         (internet meeting)
10.    En. Ramesh                                   (internet meeting)


AGENDA MESYUARAT

1.      Perancangan Projek Jangkamasa Pendek – ”E-Commerce – Online Shopping” portal
2.      Perancangan Projek Jangkamasa Pendek - Projek “Papadam”
3.      Simpanan Rezab
4.      Pelaburan Emas
5.       “Charity” atau Progam Kebajikan

AGENDA
PERKARA

1)      Perancangan Projek Jangkamasa Pendek

1.       E-Commerce – Online Shopping



2.       Projek “Papadam”


Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Saravanan mengalu-alukan kedatangan semua ahli lembaga koperasi.

1.1.  Seperti yang dicadangkan dalam mesyuarat Lembaga Koperasi 4/2011, ahli lembaga telah mencadangkan nama untuk portal iaitu ”AllCanShop.Com” dan telah dipersetujui oleh semua ahli lembaga.
1.2.  Online portal ini akan dimulakan pada awal tahun 2012.


2.1.  Ahli Lembaga telah mencadangkan untuk melaburkan sebanyak RM1000 untuk memulakan bisnes ”papadam”  yang akan diimport dari India. ”Papadam” yang diimport akan di bungkus semula dan di-jual kepada anggota koperasi atau luar. Jikakalau sambutan baik, koperasi akan pertimbang untuk dipasarkan di kedai  ”Cash and Carry” di Pulau Pinang serta Sebarang Perai.

2)      Simpanan Rezab

2.1. Ahli Lembaga telah bersetuju untuk menyimpan sebanyak RM2000 (Ringgit Malaysia Dua Ribu) dalam Simpanan Tetap di Public Bank sebagai wang rezab koperasi.
2.2. Akaun ini akan dibuka dalam bulan awal tahun 2012 selepas mendapatkan tandatangan daripada semua ahli lembaga.

3.       Pelaburan Emas
3.1. Seperti dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Koperasi 4/2011, Pengerusi telah berbincang dengan SKM negeri tentang garis panduan untuk belian aset ini.
3.2. Dalam perbincangkan itu, pihak SKM memerlukan kertas kerja untuk sebarang pelaburan emas atau lain. Justeru, Ahli Lembaga akan mengemukan kertas kerja untuk pelaburan emas kepada pihak SKM. Emas yang selamat untuk pelaburan adalah daripada Maybank “ Duit Kijang Emas “ yang mana ketulenanya di-jamin kerajaan. Kertas kerja ini akan di-kemukakan ke SKM pada awal tahun 2012.

4.       “Charity event” atau Progam Kebajikan
4.1. Ahli Lembaga telah bersetuju untuk membuat Derma/bantuan makanan dan pakaian kepada warga emas/anak yatim piatu sempena penyambutan Hari Deepavali yang akan diadakan pada 29 November 2011 (Ahad) di “Jerseh Home” Kulim, Kedah.  
4.2. Semua ahli lembaga koperasi bersama dengan keluarga mereka digalakkan untuk menghulurkan bantuan berupakan derma kepada mereka yang memerlukan mengikut kemampuan diri masing-masing.
4.3. Ahli lembaga juga bersetuju tidak akan mengunakan wang Koperasi untuk tujuan ini, tetapi satu kutipan asing akan di-buat untuk tujuan kebajikan.



Mesyuarat Tamat pada pukul 7 malam.

Disediakan oleh,                                                                                               Disemak oleh,


_____________________________________                                             ­___________________________________
( Anita Jayanti A/P Krishnan )                                                                      ( Saravanan A/L Rayapan )
Setiausaha Koperasi Tenaga Muda S.P Bhd.                                         Pengerusi Koperasi Tenaga Muda S.P. Bhd.

Monday, 5 December 2011

Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi 4/2011

Minit Mesyuarat Lembaga Koperasi 4/2011

Tarikh            : 18 September, 2011 (Khamis)
Masa             : 6.00 petang
Tempat         : Egate, Penang


KEHADIRAN
1.     En. Saravanan                                 Pengerusi
2.     Pn. Vanesharee                             (internet meeting)
3.     Pn. Anita                                          Setiausaha
4.     Pn. Magasa                                   (internet meeting)
5.     Pn. Thana                                         Bendahari
6.     En. Sivananthan
7.     Pn. Puvaneswari                          (internet meeting)
8.     En. Devchandran                         (internet meeting)
9.     Pn. Gowri                                       (internet meeting)
10.   En. Ramesh


AGENDA MESYUARAT

  1. Perancangan Projek Jangkamasa Panjang – Penternakan lembu susu dan kambing. 
  2. Perancangan Projek Jangkamasa Pendek – ”E-Commerce – Online Shopping” portal
  3. Simpanan Rezab
  4. Pelaburan Emas
  5. "Charity” atau Progam Kebajikan
AGENDA
PERKARA

1.       Perancangan Projeck Jangkamasa Panjang – Penternakan lembu susu dan kambing

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Saravanan mengalu-alukan kedatangan semua ahli lembaga koperasi.

1.1. Projek ternakan lembu dan kambing di-bawah system pawah dari Jabatan haiwan di-tunda ke tahun hadapan kerana , kuata untuk tahun ini sudah habis.

1.2. Koperasi mandaftar nama untuk kuata tahun hadapan .


2.       Perancangan Projek Jangkamasa Pendek


2.1. Ahli lembaga bercadang untuk melihat potensi  perniagaan “E-Commerce”  atau dikenali sebagai “Perniagaan Internet”. Kajian mandapati peniagaan  internet ini berkembang dari tahun ke tahun , dan penguna internet juga berkembang dari tahun ke tahun.

2.2. Melihat kepada statistik “E-shopping” yang tinggi di-Malaysia,  perniagaan internet amatlah mengalakkan. Kos untuk mereka satu laman web ( preset web design ) adalah dalam lingkungan RM500 hingga RM1000.

2.3. Justeru,  ahli lembaga bersetuju sebulat suara untuk memulakan perniagaan ini dan kajian terperinci akan dilakukan terlebih dahul.  Contoh barang yang akan di-iklankan adalah barang keperluan asas sperti berikut :

·         Pakaian – Punjabi Suits, Saree, Pakaian Lelaki (Men’s Wear),  Baju Melayu
·         Pakaian and barang-barang keperluan bayi (Baby’s Products)
·         Tudung and aksesori wanita
·         Artificial Jewellery ( Emas Tiruan )
·         Batik dan beg tangan.
2.4. En. Siva telah ditugaskan untuk mendapatkan sebut harga untul laman web perniagaan internet.
2.5. Ahli lembaga juga dipertanggungjawab untuk menarik peniaga kecil untuk mengiklan produk jualan mereka tanpa sebarang kos dilaman web dan perniagaan ini di-jalankan dalam betuk ”consignment”.  
2.6. Pengerusi diberi tanggungjawab untuk berbincang di SKM negeri  tentang garis panduan untuk menjalankan perniagaan ini.
3.      Simpanan Rezab

3.1. Ahli Lembaga telah bersetuju untuk menyimpan sebanyak RM2000 (Ringgit Malaysia Dua Ribu) dalam Simpanan Tetap di Public Bank sebagai wang rezab koperasi
4.       Pelaburan Emas
4.1. Pelaburan emas dapat menguntungkan koperasi buat jangkamasa panjang, kerana kenaikan harga emas yang meningkat setiap hari. Jesteru itu, Koperasi bercadang untuk membeli Emas Dinar (916) / Emas Jongkong (999) dari penjual yang bertauliah untuk di-simpan sebagai asset jangakamasa panjang koperasi. Jumlah belian yang dicadang dan di-persetujui oleh semua adalah bersamaan dengan 10 Dinar atau 20gram yang dianggarkan sebanyak RM3700, bergantung pada hari pembelian.
4.2. Pengerusi diberi tanggungjawab untuk berbincang di SKM negeri  tentang garis panduan untuk belian aset ini.
5.       “Charity event” atau Progam Kebajikan
5.1. Ahli Lembaga telah bersetuju untuk membuat Derma/bantuan makanan dan pakaian kepada warga emas/anak yatim piatu sempena penyambutan Hari Deepavali yang akan diadakan pada bulan Oktober 2011.
5.2. Semua ahli lembaga koperasi bersama dengan keluarga mereka digalakkan untuk menghulurkan bantuan berupakan derma kepada mereka yang memerlukan mengikut kemampuan diri masing-masing.
5.3. Ahli lembaga juga bersetuju tidak akan mengunakan wang Koperasi untuk tujuan ini, tetapi satu kutipan asing akan di-buat untuk tujuan kebajikan.

Mesyuarat Tamat pada pukul 9.00 malam.