Monday 5 December 2011

Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi 4/2011

Minit Mesyuarat Lembaga Koperasi 4/2011

Tarikh            : 18 September, 2011 (Khamis)
Masa             : 6.00 petang
Tempat         : Egate, Penang


KEHADIRAN
1.     En. Saravanan                                 Pengerusi
2.     Pn. Vanesharee                             (internet meeting)
3.     Pn. Anita                                          Setiausaha
4.     Pn. Magasa                                   (internet meeting)
5.     Pn. Thana                                         Bendahari
6.     En. Sivananthan
7.     Pn. Puvaneswari                          (internet meeting)
8.     En. Devchandran                         (internet meeting)
9.     Pn. Gowri                                       (internet meeting)
10.   En. Ramesh


AGENDA MESYUARAT

  1. Perancangan Projek Jangkamasa Panjang – Penternakan lembu susu dan kambing. 
  2. Perancangan Projek Jangkamasa Pendek – ”E-Commerce – Online Shopping” portal
  3. Simpanan Rezab
  4. Pelaburan Emas
  5. "Charity” atau Progam Kebajikan
AGENDA
PERKARA

1.       Perancangan Projeck Jangkamasa Panjang – Penternakan lembu susu dan kambing

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Saravanan mengalu-alukan kedatangan semua ahli lembaga koperasi.

1.1. Projek ternakan lembu dan kambing di-bawah system pawah dari Jabatan haiwan di-tunda ke tahun hadapan kerana , kuata untuk tahun ini sudah habis.

1.2. Koperasi mandaftar nama untuk kuata tahun hadapan .


2.       Perancangan Projek Jangkamasa Pendek


2.1. Ahli lembaga bercadang untuk melihat potensi  perniagaan “E-Commerce”  atau dikenali sebagai “Perniagaan Internet”. Kajian mandapati peniagaan  internet ini berkembang dari tahun ke tahun , dan penguna internet juga berkembang dari tahun ke tahun.

2.2. Melihat kepada statistik “E-shopping” yang tinggi di-Malaysia,  perniagaan internet amatlah mengalakkan. Kos untuk mereka satu laman web ( preset web design ) adalah dalam lingkungan RM500 hingga RM1000.

2.3. Justeru,  ahli lembaga bersetuju sebulat suara untuk memulakan perniagaan ini dan kajian terperinci akan dilakukan terlebih dahul.  Contoh barang yang akan di-iklankan adalah barang keperluan asas sperti berikut :

·         Pakaian – Punjabi Suits, Saree, Pakaian Lelaki (Men’s Wear),  Baju Melayu
·         Pakaian and barang-barang keperluan bayi (Baby’s Products)
·         Tudung and aksesori wanita
·         Artificial Jewellery ( Emas Tiruan )
·         Batik dan beg tangan.
2.4. En. Siva telah ditugaskan untuk mendapatkan sebut harga untul laman web perniagaan internet.
2.5. Ahli lembaga juga dipertanggungjawab untuk menarik peniaga kecil untuk mengiklan produk jualan mereka tanpa sebarang kos dilaman web dan perniagaan ini di-jalankan dalam betuk ”consignment”.  
2.6. Pengerusi diberi tanggungjawab untuk berbincang di SKM negeri  tentang garis panduan untuk menjalankan perniagaan ini.
3.      Simpanan Rezab

3.1. Ahli Lembaga telah bersetuju untuk menyimpan sebanyak RM2000 (Ringgit Malaysia Dua Ribu) dalam Simpanan Tetap di Public Bank sebagai wang rezab koperasi
4.       Pelaburan Emas
4.1. Pelaburan emas dapat menguntungkan koperasi buat jangkamasa panjang, kerana kenaikan harga emas yang meningkat setiap hari. Jesteru itu, Koperasi bercadang untuk membeli Emas Dinar (916) / Emas Jongkong (999) dari penjual yang bertauliah untuk di-simpan sebagai asset jangakamasa panjang koperasi. Jumlah belian yang dicadang dan di-persetujui oleh semua adalah bersamaan dengan 10 Dinar atau 20gram yang dianggarkan sebanyak RM3700, bergantung pada hari pembelian.
4.2. Pengerusi diberi tanggungjawab untuk berbincang di SKM negeri  tentang garis panduan untuk belian aset ini.
5.       “Charity event” atau Progam Kebajikan
5.1. Ahli Lembaga telah bersetuju untuk membuat Derma/bantuan makanan dan pakaian kepada warga emas/anak yatim piatu sempena penyambutan Hari Deepavali yang akan diadakan pada bulan Oktober 2011.
5.2. Semua ahli lembaga koperasi bersama dengan keluarga mereka digalakkan untuk menghulurkan bantuan berupakan derma kepada mereka yang memerlukan mengikut kemampuan diri masing-masing.
5.3. Ahli lembaga juga bersetuju tidak akan mengunakan wang Koperasi untuk tujuan ini, tetapi satu kutipan asing akan di-buat untuk tujuan kebajikan.

Mesyuarat Tamat pada pukul 9.00 malam.