Minit Mesyuarat Lembaga Koperasi 3/2011
Tarikh : 20 June, 2011 (Isnin)
Masa : 7.00 petang
Tempat : McDonald, Pacific Megamall Prai
KEHADIRAN
1. En. Saravanan Pengerusi
2. Pn. Vanesharee
3. Pn. Anita Setiausaha
4. Pn. Magasa
5. Pn. Thana Bendahari
6. En. Sivananthan
7. Pn. Puvaneswari
8. En. Devchandran
9. Pn. Gowri
10. En. Ramesh
AGENDA MESYUARAT
1. Hari Keluarga KOPMUDA dan Pertandingan “Bowling”
a. Lokasi
b. Bayaran untuk pertandingan
c. Hadiah
d. Penaja
2. Perancangan Projeck Jangkamasa panjang
3. Pencetakan Sijil Syer
4. Bentang dan Kemaskini Akaun Koperasi
AGENDA | PERKARA |
1. KOPMUDA Hari Keluarga dan Pertandingan “Bowling” | Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Saravanan mengalu-alukan kedatangan semua ahli lembaga koperasi. 1.1. Ahli lembaga bercadang agar mengadakan satu Hari Keluarga KOPMUDA dan satu pertandingan ’bowling’ dijalankan secara serentak pada hari yang sama. 1.2. Semua ahli lembaga telah mempersetujui cadangan-cadangan seperti berikut:
|
2. Perancangan Projek Jangkamasa panjang | 2.1. Ahli lembaga bercadang untuk melihat potensi penternakan lembu susu dan kambing. 2.2. Melihat kepada statistik permintaan susu lembu yang tinggi di-Malaysia, ( website Jabatan Haiwan ) , pelaburan dalam penternakan lembu susu amatlah mengalakkan. 2.3. Justeru, ahli lembaga bersetuju untuk mengkaji lebih dalam tentang penternakan lembu susu , dan jumlah kos keseluruhan untuk memulakan perniagaan ternakan ini. 2.4. Tempat ternakan bergantung kepada kos keseluruhan. 2 cadangan dikemukakan oleh ahli lembaga · Ternakan di-lakukan oleh Koperasi sendiri · Diberikan kepada orang ke-tiga (vendor) untuk di-ternak. 2.5. Keputusan akan di-ambil selepas mengambil kira pro & con untuk cadangan di-atas dan kos keseluruhan ternakan . |
3. Pencetakan Sijil Syer | 3.1. Lakaran Sijil Syer telah dipersetujui oleh semua ahli lembaga. 3.2. En. Siva telah ditugaskan untuk mendapatkan sebut harga untuk pencetakan sijil syer. |
4. Kemaskini Akaun Koperasi | 4.1. Bendahari membentang akaun Koperasi kepada semua ahli lembaga yang hadir. |
Mesyuarat Tamat pada pukul 9.00 malam.
Disediakan oleh Anita Jayanti A/P Krishnan (Setiausaha Koperasi Tenaga Muda S. P Bhd) dan disemak oleh Saravanan A/L Rayapan (Pengerusi Koperasi Tenaga Muda S.P. Bhd.)