Tarikh : 7 Mac 2011 (Isnin)
Masa : 8:00 malam
Tempat : KFC Auto City , Juru
KEHADIRAN
1. En. Saravanan Pengerusi
2. Pn. Vanesharee
3. Pn. Anita Setiausaha
4. Pn. Magasa
5. En. Ramesh
6. En. Devchandran
7. Pn. Gowri
8. Pn. Thana Bendahari
9. En. Sivananthan
10. Pn. Puvaneswari
AGENDA MESYUARAT
1. Perlantikan Ahli Lembaga Koperasi Tenaga Muda Seberang Perai Muda
a. Perlantikan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari
b. Ahli jawatankuasa pengurusan projek
2. Pembukaan Akaun semasa koperasi dan pemilihan bank.
3. Perancangan Projek
4. Lain-Lain Hal
AGENDA | PERKARA |
1. Perlantikan Ahli Lembaga Koperasi Tenaga Muda Seberang Perai Muda. | Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Saravanan mengucapkan syabas and tahniah kepada semua yang telah bekerja keras menjayakan Mesyuarat Agung Penubuhan KOPMUDA pada Februari 27, 2011 yang lalu. 1.1. Pengerusi memohon persetujuan untuk perlantikan tiga jawatan penting dan telah dipersetujui sebulat suara oleh semua yang hadir. Perlantikan adalah seperti berikut :- i. Pengerusi : En. Saravanan A/L Rayapan ii. Setiausaha : Pn. Anita Jayanti A/P Krishnan iii. Bendahari : Pn. Thanaletchmy A/P Maniam 1.2 Lembaga juga telah mendapat persetujuan semua yang hadir untuk melantik 3 ahli Lembaga sebagai Ketua Pengurusan Projek. Perlantikan adalah seperti berikut :- i. En. Sivananthan A/L Sellasamy ii. En. Devchandran A/L Rubhganthen iii. Pn. Magasawary A/P G. Subramaniam 1.3 Lembaga juga melantik dan telah mendapat persetujuan semua yang hadir untuk melantik 4 lagi ahli lembaga sebagai pembantu pengurus projek untuk membantu mengurus semua projek masa hadapan koperasi. Perlantikan adalah sepertim berikut :- i. Pn. Puvaneswari A/P Krishnan ii. Pn. Vanesharee A/P Applasamy iii. Pn. S. Gowri A/P Shunmungam iv. En. Ramesh A/L Annamalay |
2. Pembukaan akaun semasa Koperasi dan pemilihan bank. | 2.1 Ahli lembaga bercadang untuk membuka sebuah akaun semasa untuk mengurus wang syer koperasi. 3 buah bank di bentang, dan, daripada 3 bank tersebut, Bank Public ( Public Bank ) di-pilih berdasarkan caj perkihdmatan yang rendah dan fasiliti perbankan on-line yang di-beri percuma. |
3. Perancangan Projek Koperasi | 3.1 Ahli lembaga juga telah bersetuju untuk melaksanakan beberapa projek sebaik sahaja Koperasi didaftar . Berikut adalah projek dicadangakan didalam mesyuarat :- · Ranggoli Art creation & Children Coloring Contest ( Sempena Tahun Baru Tamil ) · Ceramah Pelaburan Unit Amanah · Ceramah Penulisan Wasiat · Merdeka Futsal – Pulau Pinang / Sebarang Perai · Gotong Royong ( Charity ) Semua projek yang telah dibentangkan akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Projek dengan bantuan semua ahli lembaga dan ahli koperasi. |
4. Lain Lain Hal | 4.2 Borang permohonan anggota telah siap dan akan di-edarkan kepada semua bakal anggota. Borang ini tidak akan di-cetak, sebaliknya akan di-simpan dalam bentuk ‘softcopy’ untuk rujukan Koperasi. 4.3 Satu Blog untuk Koperasi akan di-bentuk, untuk tujuan merekod dan publisiti untuk koperasi dan Blog ini juga akan di-gunakan untuk mengumpul segala feedback dan maklumat dari ahli Koperasi untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti Koperasi. 4.4 Lembaga juga bercadang agar membentuk satu email ID kumpulan ( Yahoo groups ) khas untuk ahli lembaga koperasi berkomunikasi secara efektif. 4.5 Lembaga juga bersetuju untuk mengadakan mesyuarat virtual ( Skype / Google ) jikalau atas alasan munasabah di-mana ALK tidak dapat berkumpul untuk mengadakan mesyuarat ALK ataupun tidak dapat hadir ke mesyuarat ahli lembaga. 4.6 Semua ahli lembaga juga telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat ahli lembaga sekurang-kurangnya 1 kali setiap dua bulan. |
Mesyuarat Tamat pada pukul 10.00 malam.